6 Nov 2011

Kebaikan sy,memakan diri sy....

Annyeonghaseyo chingu,Assalamualaikum!
hari ni saya nak bercerita tentang masalah saya yang mungkin agak susah untuk 
saya sendiri laksanakan.Jadi sy ingin meminta pendapat dan juga cadangan
anda Bloggie semua yg dtg melawat blog sy ni walaupun cuma sekejap,
sy memohon walaupun anda melawat sekejap tolonglah  memberi cadangan anda
untuk menyelesaikan masalah sy ini.

Kisahnya begini,sy mempunyai seorang kawan yg bernama Jue hampir kesuluruhan
kelas sy iaitu 1B amat menyayangi dan menyukai Jue kerana dia seorang
rakan yg baik,ikhlas,cantik,ibu kedua bg sy,pandai menyelesaikan masalah
kami murid-2 1B bersama Balqis Afza.Mereka berdua pandai memberikan
motivasi yg berkesan kpd kami mungkin ini juga berpunca oleh keinginan
mereka berdua yg ingin mejadi seorang pensyarah.Ok kembali kepada topik asal
kita,satu hari di sekolah kami ada satu pengumuman untuk kelas 1A & 1B....
kami semua teranya-tanya adakah kami melakukan kesilapan kerana yg 
memanggil nama kelas kami tak lain dan tak bukan Cikgu Nasir guru disiplin
yg amat popular serta digeruni kami.


Sy dan kwn-2 sy dlm perjalanan balik darimakmal sains,   
lalu terus menuju ke tempat yg dimaklumkan oleh cikgu Nasir 
untuk kami berkumpul...tiba disana Cikgu Nasir meyuruh kami semua untuk cepat
kerana dari reaksi wajahnya ada perkara penting yg ingi disampaikannya.
Semua berkumpul,kemudian Cikgu Nasir memberitahu bahawa sekolah kami
telah dipilih oleh Sekolah Sains Setiu Air Sejuk yg baru dibuka baru2 ini untuk 
memberi tawaran pd pelajar  yg sudi dtg ke sekolahnya.Mendengar berita ini
ada rakan-2 yg bersedih dan ada yg bergembira serta tidak sabar untuk
menerima tawaran itu,sy pula mearasa ingin menyertai tp hati kecil sy berkata
"tak payahlah,bt apa nak pegi jauh-2 nnti tak dpt main internet,tengok TV,
tonton drama korea,BLA....BLA...BLA....." 



Keesokan harinya,Cikgu Nasir memanggil kami sekali lg untuk pelajar yg berminat 
menerima tawaran itu.Kemudian Jue bertanya sama ada sy mahu pergi atau tidak,
untuk menjaga perasaannya,sy kata Ok tp sy berkemungkinan akan tolak...
kemudian kami setuju dan tulis nama.Beberapa minggu selepas itu,ramai pelajar
yg memohon telah menerima surat panggilan mereka,ada yg dpt pergi dan ada
yg tak dapat pergi atas sebab kewangan dll.Sy turut menerima surat itu,
Jue pun dpt surat itu....kemudian Jue dan beberapa kwn kami yg lain memujuk
sy untuk pergi selepas dpt tahu yg sy mengambil keputusan untuk tidak pergi.
Demi menjaga hati rakan-2 yg sy sayangi ibarat menyayangi nyawa sy sendiri
sy mengatakan "ya,sy akan pergi".

Beberapa hari nak dekat hari lapor diri sy berkata yg sy    
tidak mengikut sama kerana itulah sy tidak melakukan sebarang
urusan dengan pihak sekolah,kwn-2 sy sedih tapi mereka menerimanya dan
sy juga turut memohon maaf semaaf-maafnya.Disebakan kejadian ini ramai
rkn-2 sekelas sy telah menyalahkan sy kerana menyebabkan kwn karib dan 
kesayangan mereka pergi meninggalkan sekolah ni lalu bertukar ke sekolah
SAIS,antara yg paling terluka dngn sikap sy ialah Hasni.....
Sesungguhnya sy merasa amat gembira kami dpt sesuaikan diri untuk berkawan
tp apakan daya atas kesilapan sy yg cuba menjadi budak baik dan menjaga
perasaan rakan-2 yg lain....akhirnya memakan diri....
Pengajarannya jngn hanya berfikir tentang sebelah pihak tapi fikirkan jugalah
sebelah pihak yg lain kerana mungkin yg ada yg akan lebih terluka.
Sekian wassalam....

   sbb kesalahan sy,sy kesepian tanpa rakan....
















0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home